Baru semalam terbeli satu buku ni tajuk dia TENTANG CINTA. Boleh tahan jugak. Penulis dia Pahrol Mohd Juoi. Tengah baca2 tibe je terbaca satu kenyataan ni. Jap ye saya tulis huhu..
ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA...
1) MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'Kekasih' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.
2) RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melIhat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (KURANG 2 MINIT UNTUK 4 RAKAAT) atau tidak solat langsung.
3) MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-dihamun atau dihina oleh wanita yang anda minati
4) SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah mambaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun.
5) ASYIK terkkkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anada temui.
6)SUSAH hati jika tidak menerima surat, email atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak menigrim berita, menelifon atau memberi SMS kepada bapa anda di KAMPUNG.
7) MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
8) LEBIH banyak mengucapkan kalimah 'I LOVE YOU' berbanding kalimah zikir seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAH HU AKHBAR !.
Fikirkan dan SELAMAT BERAMAL.!!
terima kasih sekian
Wassalam..
LOVE YOUR ISLAM..!!


No comments:
Post a Comment